mendasari | menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
substruktur | (Kej) struktur yg mendasari atau menyokong struktur, binaan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasional | 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak permintaannya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~? merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional, menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini? kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pengarang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud; perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
estetisisme | (éstétisisme) fahaman bahawa prinsip estetik mendasari semua penilaian yg dibuat oleh manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawahi | ki menjadi dasar pd sesuatu, mendasari: akal budi suci ~ akal budi biasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paradigma(paradigm) | Konsep utama atau corak yang mendasari suatu struktur kompleks. | Kamus Komputer |
konsep | (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
landas I | 1. alas, lapik: ~ memotong kayu; 2. asas yg mendasari sesuatu (objektif, idea, dsb): ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori utk menjangkau sesuatu; berlandas mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku pemotong kayu itu ~; berlandaskan 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan: papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan: prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama; melandasi menjadi dasar (asas) kpd: sesungguhnya kajian lapangan yg ~ tulisan ini sangat terbatas; tindakan ini dilandasi oleh peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; melandaskan 1. memasang landas atau landasan pd; 2. mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk ~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks tersebut; landasan 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan menentang kamu selagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; berlandasan 1. menggunakan landasan, berlapik atau beralasan: mencencang ~, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung; 2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mores II | (morés) (Ant) tatalaku, adat, kebiasaan dsb yg sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan atau masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
egalitarianisme | (égalitarianisme) fahaman bahawa semua orang sama rata, dan dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama: dlm keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat ciri-ciri ~ yg mendasari bentuk keluarga demokratik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |