mendekati | 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendekati | 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk melaksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendekati | 1. datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2. hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. | Kamus Pelajar |
bermunajat | mendekati atau mendampingi Allah dgn cara berdoa (berzikir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghampiri | mendekati, datang mendekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyamperi | 1. mendekati, meng-hampiri; 2. menyinggahi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merangkaki | 1. mendekati atau menghampiri dgn merangkak: Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu (masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghujung | 1. mendekati kesudahan (akhir, penghabisan): musim buah sudah ~; 2. memuncak, meruncing: perbalahan antara dua negara itu sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginding | memandang atau mendekati seseorang dgn harapan diberi sesuatu (makanan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merapati | 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hubungan persahabatan dll), selalu mengunjungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kampung ini jikalau dia ingin mendapat kerjasama drpd mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |