mendewasa | menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewasa | (déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan pengetahuannya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (manusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. menjadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pandangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi mencapai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses mendewasakan (membesarkan dsb), pembesaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti kepelbagaian tema yg diterokai dan kepelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |