dobi | = tukang ~ orang yg kerjanya mencuci dan menggosok kain baju pelanggannya di rumahnya (tempatnya) sendiri, benara, benatu, penatu; hantar ~ menghantar pakaian ke kedai dobi utk dibasuh dan digosok; berdobi telah dibasuh dan digosok oleh tukang dobi: semua pakaiannya ~; mendobi 1. membasuh dan menggosok pakaian orang (bkn tukang dobi): dia sudah lama bekerja ~; 2. = mendobikan; mendobikan menghantar pakaian utk dibasuh dan digosok oleh tukang dobi: Zakaria ~ semua pakaiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendobikan | menghantar pakaian utk dibasuh dan digosok oleh tukang dobi: Zakaria ~ semua pakaiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendobi | 1. membasuh dan menggosok pakaian orang (bkn tukang dobi): dia sudah lama bekerja ~; 2. = mendobikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |