Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dua] | مندوا

Definisi : 1. menjadi dua (bkn fikiran, per­buatan, dll): bunyi gendang itu hanya se­gelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendua

Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mendua kalimembuat dua kali, mengulangi perbuatan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendua hatibimbang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendua1. menjadi dua (bkn fikiran, per­buatan, dll): bunyi gendang itu hanya se­gelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda);Kamus Dewan Edisi Keempat
pelesit I1. sj belalang kecil, belalang bajang; 2. sj hantu yg suka menghisap darah atau memakan mayat kanak-kanak (selalu merupa­kan diri sbg belalang); ~ dua sejinjang prb perempuan yg mendua­kan lakinya; ~ dua sekampung prb lelaki yg membuat adik ipar sbg isterinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
dua(jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jum­lah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, per­buatan, dll): bunyi gendang itu hanya se­gelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menam­bah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melaku­kan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. me­nyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawah­kan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-dua­nya, keduanya dua-dua(nya): kedua-dua­nya tergelak kecil, lalu meneruskan per­jalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas