menegapkan | menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menegapkan | menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ berdirinya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegapkan | menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. | Kamus Pelajar |
tegap | menegapkan menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. | Kamus Pelajar |
penegap | sesuatu yg menegapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akar tunjang | akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegap | 1 berisi lagi kuat (bkn tubuh); gagah serta kuat: Kalau badan tidak ~, tak usahlah bercita-cita hendak menjadi askar. ~ sasa gagah dan kuat. 2 kuat dan kukuh (bkn sesuatu alat); tidak mudah rosak; tidak mudah terurai (ttg ikatan dsb); tahan: Meja yg digunakannya itu sungguh ~ buatannya. menegapkan menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. penegap sesuatu yg menegapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegap I | 1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ berdirinya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |