tegas | 1 dpt didengar, dilihat dsb dgn terang; nyata; jelas: Ia berkata dgn suara yg ~. 2 tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar; tentu; tepat: Permohonannya telah ditolak dgn ~. menegaskan 1 mengatakan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan. penegasan perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penentuan. penegas; kata ~ ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegas | 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (keterangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, ketetap-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegaskan | 1 mengatakan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menegaskan | 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegaskan | 1 mengatakan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. | Kamus Pelajar |
hah | 1. sr kata utk menegaskan cakap (spt menguatkan suruhan, tegahan, penafian, dll): ~, apa halnya; awak tu kenapa, ~; itu ~, dlm tin tu; ~, apa lagi, makanlah; ~, bukan itu maksudku; 2. sr kata utk menyergah: ~, apa kau buat di sini! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kok I | bp 1. kalau, kalau-kalau, takut; 2. kata utk menegaskan maksud (rasa hairan, marah, dll): ~ masih pakai celana yg koyak-koyak? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menekankan | 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nya II | 1. kata ganti nama diri orang ketiga spt, beliau, dia: pada~; jiwa~; 2. oleh (yg tersebut terlebih dahulu), oleh beliau, oleh dia: dipilih~ buku; 3. kata utk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud: setelah esok hari~, maka ...; dgn hormat~ dijemput encik hadir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyimpul | 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah dibicarakan), menggulung: ketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaannya sekarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |