menegur-neguri | Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur | 1. = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dll): terlalu baik budi bahasanya lagi dgn ~ sapanya; 2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual: dua hari kami tidak ~; dia bangun dr kerusinya dan ~ sapa dgn teman-temannya; berteguran dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah prb setelah dialami barulah diinsafi; menegur 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, mengkritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memper-ingatkan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal; 4. mengganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang); menegur-neguri Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit); teguran 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg membina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringatan; keteguran 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |