menelanjangkan | menjadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menelanjangkan | menjadikan telanjang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membogelkan | menelanjangkan: dia ~ anaknya sebelum memandikannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penelanjangan | perbuatan, perihal dsb menelanjangi atau menelanjangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telanjang | 1 tidak bertutup dgn pakaian (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan menjadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan diketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. penelanjangan perbuatan, perihal dsb menelanjangi atau menelanjangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bogel | (bogél)1. tidak memakai sebarang pakaian, telanjang: dia dijumpai mati dlm keadaan ~; telanjang ~ telanjang bulat; bunga ~ bunga yg tidak mempunyai ranggi; 2. tidak mempunyai sebarang hiasan (di badan, di dlm bilik, di rumah, dsb): dia ~ saja, tidak ada satu pun barang kemas di badan; ruang tamunya ~ saja; berbogel bertelanjang: anaknya yg masih kecil ~ lagi; membogelkan menelanjangkan: dia ~ anaknya sebelum memandikannya; kebogelan dlm keadaan bogel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |