rawak | tidak ditentukan atau diatur lebih dahulu, rambang; menembak ~ menembak rambang (untung-untungan); secara ~ secara rambang (sesuka saja), diambil (dicabut dsb) secara sembarangan; ~ rambang merambang, mengawur; merawak merambang, mengawur (menabur), kena tak kena; kerawakan keadaan rawak: kajiannya penuh dgn ~; ~ sampel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembak mati | menembak dan menyebabkannya mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembak jatuh | menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembak rawak | menembak rambang (untung-untungan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembak-menembak | saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penembak | 1 orang yg menembak. 2 alat utk menembak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tembak I | (témbak) ; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena bedilan dgn senjata api; ~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada maksudnya; bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyinya ~, bunyi meriam spt halilintar membelah; menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~ mati menembak dan menyebabkannya mati; tembak-menembak saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak pd; menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menen-dang bola ke arah gol; tertembak ditembak, kena tembak: dlm per-tempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati; tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg berat sebelah; penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak; ~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~ tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembak | 1. mengarahkan kpd, memaksudkan, menuju; 2. ki menyambar (petir). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembak | 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menembak | melepaskan peluru dll dgn senjata api; membedil: Di samping berkawat, mereka diajar ~ juga. | Kamus Pelajar |