tempel | (témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal sesuatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditempel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi seseorang; 3. merapati seseorang (dgn maksud mencari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki merapatkan (telinga utk mendengar dll), me-lekapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempeli | 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi seseorang; 3. merapati seseorang (dgn maksud mencari keuntungan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempel | 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal sesuatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditempel dgn baldu yg kuning dan merah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melekap | 1 melekat; menempel: Cicak dpt ~ di dinding. 2 tidak berenggang; berdekatan: Jika ada tetamu, anak itu asyik ~ pd emaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lekap | ; melekap 1 melekat; menempel: Cicak dpt ~ di dinding. 2 tidak berenggang; berdekatan: Jika ada tetamu, anak itu asyik ~ pd emaknya. melekapkan 1 menjadikan sesuatu melekap; melekatkan: Ia ~ gambar itu ke dlm albumnya. 2 mendekatkan; merapatkan: Ia ~ telinganya ke dinding utk mendengar perbualan ayahnya. lekapan sesuatu yg melekap; sesuatu yg dilekapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lekat | terasa seakan-akan menempel apabila diraba (spt kanji, gam); lekit. melekat 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi. melekati 1 melekat pd; melekit pd; menempeli. 2 memasang (api) pd: Setelah rokoknya dilekati api, ia pun duduk menonton televisyen. melekatkan 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. pelekat bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tempel | /témpél/; bertempel 1 berdamping rapat dgn; mempunyai hubungan yg karib dgn. 2 telah (sudah) dilekatkan: Gambar-gambar calon pilihan raya kelihatan ~ di dinding bangunan itu. menempel melekat: Jika tidak dibubuh gam, manakan dpt kertas itu ~. menempeli menempel pd; melekati: Sepanjang-panjang tembok itu ditempeli poster. menempelkan melekatkan sesuatu pd: Mereka ~ poster-poster itu pd dinding bangunan. tempelan 1 sesuatu (spt poster, label) yg ditempelkan. 2 tempat menempelkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melekat | 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merakam | 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lekat | 1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; 2. mudah melekit (spt benda-benda yg bergetah, kanji, dsb); 3. = melekat ki rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; 4. = melekat ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; 5. = melekat ki terpakai (pakaian dll), terkena; 6. = melekat ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; 7. = melekat terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; 8. = melekat sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; 9. = melekat ki kekal (adat dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; ~ uri tembuni atau uri tidak keluar (ketika bersalin); melekat lekat; melekati 1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil; melekatkan 1. menjadikan melekat, menampalkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pandangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; terlekat melekat atau lekat pd, telah dilekatkan: terkejutlah orang melihat gambar teman-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia; lekatan keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn permukaan yg lain); pelekat 1. sesuatu yg digunakan utk melekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |