tendang | sepak (dgn kaki), depak, terajang; ~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu; ~ pusaka Kl mati (ayam); ~ terajang menyepak dgn kedua-dua belah kaki; ~ tumit mendepakkan tumit; bertendang saling menerajang (mendepak): bertumbuk ~ spt anjing dgn kucing; menendang 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; tendangan hasil perbuatan menendang, sepak-an (bola dll): dia tercampak ke sudut gelang-gang oleh suatu ~ kencang drpd Umbang; ~ bebas tendangan percuma; ~ penjuru tendangan dr sudut padang yg dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dgn pintu gol pasukan lawan (bola sepak); ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak); penendang orang yg menendang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tendang | ; ~ cecah layang sepakan yg dibuat ketika bola yg sudah mencecah padang baru hendak melantun. ~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak dibengkokkan, kemudian diluruskan, yg dilakukan semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu. ~ layang sepakan yg dibuat ketika bola masih melayang dan hampir mencecah padang. menendang 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. tendangan hasil perbuatan menendang; sepakan: ~nya tidak tepat. ~ bebas tendangan bola yg diberikan kpd pihak yg tidak bersalah, sbg hukuman kpd pihak yg bersalah. ~ penjuru tendangan bola dr sudut padang. ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak). penendang orang yg menendang (bola dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menerajang | 1. menendang (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: kaki kanannya ~ lelaki itu; 2. ki mengetepikan, mengesampingkan: tetapi apabila datang seorang yg berdarjat, apabila datang orang yg lebih berharta aku diterajangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melejang | 1. menendang, menerajang, melompat sambil berlari (spt kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya (kesulitan, kerugian, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunjang | ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terajang | tendangan (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: dgn sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur; ~ tumit menghentakkan tumit ke tanah; menerajang 1. menendang (ke bawah atau ke depan) dgn tapak kaki: kaki kanannya ~ lelaki itu; 2. ki mengetepikan, mengesampingkan: tetapi apabila datang seorang yg berdarjat, apabila datang orang yg lebih berharta aku diterajangnya; menerajangkan menendangkan, menyepakkan, mendepakkan: maka anjing perburuan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunjang II | Mn bahagian badan dr lutut hingga ke tapak kaki; ~-tonjet terlompat-lompat ke sana ke mari; panjang ~ panjang kaki; tuak terbeli, ~ hilang prb mendapat kecelakaan (kekecewaan); menunjang ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menendang | 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menendang | 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lejang | 1. sepak, tendang, lompat; se~ kuda berlari a) sejauh kuda melompat; b) pujian bagi rumah yg cantik; 2. gerakan yg cepat (berlari, terbang, dll); se~ terbang secepat terbang, cepat sekali; 3. (Kej) gerakan omboh (pd enjin) ke atas ke bawah atau ke kiri ke kanan; ~ ekzos lejang keempat atau terakhir (pd enjin empat lejang); melejang 1. menendang, menerajang, melompat sambil berlari (spt kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya (kesulitan, kerugian, dll); melejangkan, melejang-lejangkan menghulurkan (kaki), menyepakkan, menendangkan; pelejang sesuatu yg melejang (spt pesawat pd perangkap, jebak, dll): ia memasang getah ~ di pintu jebak; kuda ~ bukit prb orang yg jadi perkakas (pesuruh dll) orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |