Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tenggelam1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun mene­rus­kan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau meng­genangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad ber­juang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindak­an) menenggelamkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menenggelami1. membanjiri atau meng­genangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut;Kamus Dewan Edisi Keempat
membanjiri1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
banjir1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah: kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
membanjiri1. datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2. ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi.Kamus Pelajar
melamun1 melonggokkan secara tidak teratur: ~ pakaian. 2 menggenangi atau meliputi (spt air bah menutupi tebing); menenggelami: Ombak dan gelombang yg besar telah ~ kapal-kapal layar yg sedang berlabuh di situ. 3 ki merundung dgn bencana (kegembiraan dsb); menyelubungi: Baginda sedang dilamun dukacita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lamun III; melamun 1 melonggokkan secara tidak teratur: ~ pakaian. 2 menggenangi atau meliputi (spt air bah menutupi tebing); menenggelami: Ombak dan gelombang yg besar telah ~ kapal-kapal layar yg sedang berlabuh di situ. 3 ki merundung dgn bencana (kegembiraan dsb); menyelubungi: Baginda sedang dilamun dukacita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengganas1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengganas1. menjadi ganas; berlaku ganas:Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2. menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh.Kamus Pelajar
lamun IIImelamun 1. melonggokkan secara tidak teratur: ~ pakaian. 2. menggenangi atau meliputi (spt air bah menutupi tebing dsb); menenggelami: Ombak dan gelombang yg besar telah ~ kapal-kapal layar yg sedang berlabuh di situ. 3. ki merundung dgn bencana (kegembiraan dsb); menyelubungi:Baginda sedang dilamun dukacita.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas