Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terawang (kata nama)
Bersinonim dengan kerawang, tenunan, sulaman, tekatan;,
Kata Terbitan : berterawang, menerawang, penerawangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terawangtenunan atau tekat yg berlubang-lubang, kerawang; berterawang 1. berlubang-lubang, bertem­buk-tembuk; 2. berkerawang; menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kain dll), melubangi, menembuk, menembus; 2. membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang: kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah; 3. termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), meng­khayal: tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu; kenangannya ~ ke masa yg lampau; 4. ki memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong: berjam-jam lamanya aku ~ langit dr jendela melihat burung-burung; ~ khayal memikirkan yg bukan-bukan, melamun; ~ langit (udara) = ~ langit mengu­kir jagat mengangan-angankan yg bukan-bukan, menggantang asap; penerawang orang yg suka menerawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menerawang1. membuat lubang-lubang kecil pd (kain dll), melubangi, menembuk, menembus; 2. membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang: kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah; 3. termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), meng­khayal: tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu; kenangannya ~ ke masa yg lampau; 4. ki memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong: berjam-jam lamanya aku ~ langit dr jendela melihat burung-burung;Kamus Dewan Edisi Keempat
menerawang1 membuat terawang pd baju dll; mengerawang.Kamus Pelajar
angan1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal; 2. Mn maksud, niat; ~ lalu, faham tertumbuk prb menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar; angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (sese­orang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong mele­­nyap­­­­kan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mung­kin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; ~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; ~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi-tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg terlampau tinggi; berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan memba­yang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengela­mun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya; mengangankan, mengangan-angankan 1. men­cita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan-angan­kan utk dijadikan isterinya; 2. membayang­kan dlm fikiran, mengkhayalkan; terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terbang I1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingat­an, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (ber­taburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan pera­yaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm per­tempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (mener­bangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas