Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
meneruskan1. menembuskan, melantas­kan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ per­jalan­an mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyambung1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara.Kamus Dewan Edisi Keempat
penerus1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik.Kamus Dewan Edisi Keempat
memanjangkan1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
udut; mengudut menghisap rokok (candu dll): sambil ~ rokok, Kalisang meneruskan ceritanya; pengudut 1. penghisap rokok, pemadat; 2. = udutan sj paip utk menghisap candu.Kamus Dewan Edisi Keempat
terus1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia ~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (ber­jalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3. tidak putus-putusnya, berkepan­jangan, berlarut-larut, selalu: negeri ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus: ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera, lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6. tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga bebe­rapa lembaga atau perbadanan ...; 7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran); ~ mata (pelihatan, pandang) dapat menge­tahui apa yg tersembunyi (yg akan terjadi); seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjut­nya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyua­rat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh dr per­mulaan, lanjut, terus: maka dilihat Ben­dahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit; terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn per­antaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; meneruskan 1. menembuskan, melantas­kan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ per­jalan­an mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; terusan 1. sungai buatan dll yg meng­hubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sam­bungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; keberterusan perihal (keadaan yg) ber­terusan: hasrat terhadap ~ dlm hubungan antara negara; penerusan perihal (perbuatan dsb) mene­ruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik.Kamus Dewan Edisi Keempat
lantas1. tidak berantara, langsung, terus: dgn malas aku bangkit dan ~ ke dapur; 2. langsung masuk (terus), sampai ke: ~ dlm kenangannya itu bagaimana kegembiraannya pd hari dia berkahwin; ~ akal termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke belakang dll); 4. kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu): ~kah abang meneruskan perniagaan itu jika kita tambah modalnya? melantas tidak singgah atau berhenti dimana-mana, langsung; melantasi terus ke belakang, menembus, menobros: sinaran itu tidak ~ cermin, iahanya dipesongkan oleh pembalikan; boritu sudah ~ ke balik kayu itu; melantaskan menyampaikan, mengemuka­kan (sesuatu hal dll), meneruskan; ~ angan (maksud) a) hidup merantau; b) melakukan kehendak hati; ~ dendam melepaskan dendam; terlantas terus masuk, tembus langsung; berkelantasan ark terus-menerus (tidak berantaraan).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyambungkan1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
terus1 tidak singgah atau tidak berhenti di mana-mana: Kapal terbang yg kami tumpangi itu terbang ~ ke London. 2 tidak berlengah-lengah atau tidak bertangguh lagi; langsung; lalu: Se­sampai di kampung, aku ~ pergi ke rumah datuk penghulu. 3 tidak henti-henti; tidak putus-putus (ttg peperangan dll): Pertempuran sengit ~ menghebat hingga jauh malam. berterusan berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. terus-menerus 1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini. menerusi dgn perantaraan; me­lalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. meneruskan menyam­bung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya, pengembara-pengem­bara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. terusan sungai buatan yg menyambungkan dua buah lautan (biasanya utk pelayaran): ~ Panama; ~ Suez. keterusan keadaan atau hal terus. penerusan perbuatan atau hal meneruskan; penyambungan; pe­lanjutan. penerus orang yg meneruskan: ~ warisan bangsa. seterusnya 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengikut1 orang yg mengikut serta; pengiring: Tun Mamat meneruskan perjalanannya berserta dua orang ~. 2 orang yg mengikut sesuatu ajaran (agama dll); penganut: ~ agama Islam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas