Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetas
Kata Terbitan : menetas, menetaskan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tetasmenetas 1. memotong (membelah dll) supaya terbuka, meretas: ~ jahitan; 2. keluar drpd telur: anak-anak ayam yg baru ~ sudah boleh berjalan; 3. pecah dan terbuka kulitnya (telur yg sudah dieram): dlm tempoh sepuluh hari telur itu pun ~lah; menetaskan 1. mengeramkan (telur) supaya menetas, menjadikan menetas; 2. ki menim­bulkan sesuatu perkara dll, membangkitkan, menelurkan, menimbulkan; penetasan proses menetaskan telur: ~ udang galah; penetas 1. alat yg digunakan utk menetaskan telur: telur burung ini ditetaskan dgn menggunakan alat ~; 2. pihak (orang atau syarikat) yg mengusahakan kerja penetasan: anak ayam itu dibawa dr syarikat ~ di Pekan Nenas.Kamus Dewan Edisi Keempat
menetaskan1. mengeramkan (telur) supaya menetas, menjadikan menetas; 2. ki menim­bulkan sesuatu perkara dll, membangkitkan, menelurkan, menimbulkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tetas; menetas 1 memotong benang pd jahitan dll supaya terbuka; meretas: ~ jahitan dgn hujung gunting. 2 keluar dr telur (ttg anak ayam dll): Anak ayam yg baru ~ sudah dpt berjalan. 3 pecah dan terbuka kulitnya (bkn telur) sesudah diramkan: Dlm tempoh seminggu, telur ayam itu pun ~lah. menetaskan me­ngerami atau mengeramkan telur supaya menetas. penetasan perbuatan, proses dsb menetas atau menetaskan. penetas alat yg digunakan utk mene­tas atau menetaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penetas1. alat yg digunakan utk menetaskan telur: telur burung ini ditetaskan dgn menggunakan alat ~; 2. pihak (orang atau syarikat) yg mengusahakan kerja penetasan: anak ayam itu dibawa dr syarikat ~ di Pekan Nenas.Kamus Dewan Edisi Keempat
inkubator1. alat pemanas utk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial; 2. alat utk membantu bayi yg baru lahir pramatang berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal.Kamus Dewan Edisi Keempat
eram; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama; mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur); ~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama; mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn mengerami);pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan telur.Kamus Dewan Edisi Keempat
membuka1. menjadikan tidak tertutup (bertutup): ~ almari; ~ bungkusan; ~ mata; ~ peti; ~ pintu; ~ tabir; 2. menanggalkan, melucutkan: ~ baju (pakaian); ~ kupiah (songkok, topi, dll); ~ kasut; 3. melepaskan, menguraikan, menetaskan: ~ buhul; ~ simpul; ~ tali; 4. membentangkan, mengembangkan: ~ tangan; 5. bp menghidupkan (lampu, kipas, radio, dsb) dgn memetik suisnya, memasang; 6. menebang-nebas (utk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka; ~ hutan menebang kayu-kayan utk dijadikan tempat menanam dll; ~ jalan a) menebas semak dll utk membuat jalan; b) membenarkan orang (kenderaan dsb) lalu, memberi jalan; c) ki pertama-tama mengerjakan sesuatu (yg memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori; d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yg dipohon dsb), memberikan panduan; ~ kebun menebas semak dll utk dijadikan kebun; ~ negeri menebas hutan utk dijadikan negeri; ~ tanah menebas hutan utk mendapat tanah bagi pertanian; 7. memberikan, mengadakan (peluang dll): ~ peluang pekerjaan yg luas kpd penduduk; 8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dsb); ~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dll; ~ kedai (toko, perusahaan, sekolah) memulakan kegiatan kedai dll; ~ serangan memulakan serangan; 9. mendedahkan, memperlihatkan: ~ hati; ~ rahsia (tembelang); ~ warna; ~ faal melihat tenung (utk meramalkan); 10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (spt makan dll): ~ selera (nafsu dsb); 11. mengumumkan dgn rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia utk digunakan dsb), merasmikan: Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu; 12. membenarkan (memberi peluang kpd) orang ramai utk menyertai (menyaksikan dsb): pameran ini dibuka kpd orang ramai dr pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam; ~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu; ~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dsb); ~ mata a) meluaskan pandangan serta pengalaman dgn melawat tempat orang; b) menyedarkan, menginsafkan; ~ mulut a) bercakap, berkatakata, mengeluarkan kata-kata; b) mengadukan hal kpd seseorang yg difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dsb); ~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat; ~ telinga mendengar baik-baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
ram Ibunyi spt bunyi ayam, burung dsb sewaktu duduk memanaskan telur. mengeram 1 duduk di atas telur rapat-rapat supaya telur menjadi panas dan menetas (bkn ayam, burung dsb). 2 ki sentiasa duduk di rumah atau di sesuatu tempat; tidak suka keluar ke mana-mana: Dia lebih suka bersiar-siar drpd ~ di rumahnya saja. mengerami mengeram di atas atau pd (bkn ayam, burung dsb): Ayam ~ telur itik. mengeramkan menetaskan telur dgn cara memanaskannya dgn menggunakan alat tertentu: Mereka ~ telur-telur ayam dlm alat itu selama beberapa hari. pengeraman perbuatan (proses dll) mengerami atau mengeramkan. pengeram alat utk mengeramkan telur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ram Ibunyi spt bunyi ayam, burung dsb sewaktu duduk memanaskan telur. mengeram 1 duduk di atas telur rapat-rapat supaya telur menjadi panas dan menetas (bkn ayam, burung dsb). 2 ki sentiasa duduk di rumah atau di sesuatu tempat; tidak suka keluar ke mana-mana: mengerami mengeram di atas atau pd (bkn ayam, burung dsb): Ayam ~ telur itik. mengeramkan menetaskan telur dgn cara memanaskannya dgn menggunakan alat tertentu: Mereka ~ telur-telur ayam dlm alat itu selama beberapa hari. pengeraman perbuatan (proses dll) mengerami atau mengeramkan. pengeram alat utk mengeramkan telur.Kamus Pelajar
ayam I1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallo­pavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya ber­bintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg di­pelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg di­ternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kem­biri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinan­tan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disem­belih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sen­diri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupa­nya tiada prb kejahatan yg sulit dan di­ketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sen­diri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal peker­jaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau se­suatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb di­­kata­kan kpd orang yg menger­ja­kan per­buatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg ber­pera­saan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikata­kan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb di­kata­kan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (menge­ram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk per­mainan); 2. ayam-ayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas