Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.du] | مڠادو

Definisi : 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, mem­perlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. mem­beri­tahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan per­tolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta ke­adilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.du] | مڠادو

Definisi : 1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadu

Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tuah1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengadu tuahmengadu untung (ber­serah kpd nasib);Kamus Dewan Edisi Keempat
mengadu dombamemperlagakan domba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengadu nasib (untung)melakukan sesuatu sbg mencuba-cuba saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengadu lidahberbantah; bertengkar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengadu1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengadu nasib= mencuba ~ melakukan sesuatu untung-untung­­an, bertaruh;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengadu hujung penjahit (dgn)a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengadu hujung lidahberbahas (bertengkar dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
mengadu domba, mengadudom­ba­kan, memperadudombakan memper­lagakan seseorang (sesuatu golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggung­jawab hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas