kais | ; mengais, mengais-ngais 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaiskan | 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kais | ; mengais 1 mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2 ki mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah. mengaiskan menggunakan sesuatu (jari kaki dsb) utk mengais. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kais | mengais 1. mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2. ki mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah. mengaiskan menggunakan sesuatu (jari kaki dsb) utk mengais. | Kamus Pelajar |