kait I | 1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sangkut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaitkan | 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carta grid(grid chart) | 1. Jadual yang mengaitkan data input dengan atur cara penggunaannya. 2. Carta yang menggunakan garis grid untuk membahagi-bahagikan paparan atau ruang input. | Kamus Komputer |
mempergandingkan | 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggandingkan | 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyangkutkan | 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyangkutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencampurkan | 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. menjadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. menghubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghubungkan | 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghubungkan | 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghubungkan | 1. menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2. menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3. mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. | Kamus Pelajar |