khatam kaji | a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khatam | 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penutup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW); berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaji | 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengaji tasawuf | menuntut atau mengamalkan ilmu suluk (mistik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaji batang | belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaji Quran | (belajar) membaca Quran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaji | 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengaji | 1. membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2. belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. | Kamus Pelajar |
khatam mengaji | tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tamat mengaji | a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |