akhirnya | 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengakhirkan | 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggentas | 1. memetik dgn kuku (tangkai bunga dll), memutuskan; 2. mengakhirkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentas | 1. putus (kerana terpetik dgn kuku, bkn tangkai bunga, dll); 2. habis, berakhir; betik sudah ~ a) pokok betik yg tidak berbuah lagi; b) prb orang yg tidak dapat menghasilkan apa-apa lagi; menggentas 1. memetik dgn kuku (tangkai bunga dll), memutuskan; 2. mengakhirkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhir | 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2. bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negeri. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri memberikan akhirnya; menyudahi; menghabisi: Beliau ~ ucapannya dengan sebuah pantun. mengakhirkan menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt –an, -kan dll) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. | Kamus Pelajar |