alah I | tidak menang dlm pertandingan, perjudian dsb; kalah; tewas. beralah (suka) mengaku kalah. mengalah 1 berpura-pura alah; dgn sengaja alah: Selama ini, abangnyalah yg selalu ~. 2 tidak mahu mempertahankan haknya, pendiriannya dsb: Dia tidak mahu ~ dlm perdebatan itu. mengalahkan 1 melawan sehingga lawannya alah; menewaskan; menundukkan: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ pasukan bola sepak Thailand 1-0. 2 melebihi yg lain (ttg mutu sesuatu, kepandaian dll); mengatasi: Kepintarannya ~ kepintaran abangnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menewaskan | 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menewaskan | 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalah | 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalahkan | 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengatasi | 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengatasi | 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menewaskan | 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. | Kamus Pelajar |
tewas /téwas/ | 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. | Kamus Pelajar |
tewas | /téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |