mengalati | , memperalati membekali atau melengkapi dgn alat (senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alat I | 1. barang apa yg diperlukan atau digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu: seseorang tukang kayu memerlukan ~ spt gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai lagi; 2. ki orang atau sesuatu yg dipergunakan utk mencapai sesuatu maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dll): dia dianggap orang ~ penjajah; kemudahan dsb yg boleh dijadikan ~ utk mejaya-kan rancangan; 3. bahagian tubuh manusia atau haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg mengerjakan sesuatu, organ; ~ bunyi-bunyian = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi yg berirama (utk di-mainkan lagu); ~ ganti alat utk menggantikan sesuatu alat yg sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pd mesin, jentera, pesawat, dll); ~ hawa dingin penyaman udara; ~ kebesaran = ~ kerajaan = ~ perintah kelengkapan upacara raja-raja; ~ kekuasaan = ~ negara segala sesuatu utk menjalankan kekuasaan negara; ~ kelamin bahagian pd tubuh manusia atau binatang utk melakukan hubungan jenis; ~ kelengkapan segala alat yg kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi sesuatu); ~ mengajar kelengkapan utk mengajar; ~ pencernaan bahagian tubuh utk mencernakan makanan; ~ pencium hidung; ~ pendengar(an) telinga; ~ perang = ~ senjata kelengkapan perang; ~ perasa bahagian tubuh utk merasa; ~ raja kelengkapan yg dipakai oleh raja (spt ketur, kendi, kipas, dll); ~ solek barang-barang yg digunakan utk menambah kecantikan (terutamanya wajah seseorang perempuan), mekap; ~ tukang kayu perkakas yg dipakai tukang kayu; ~ tulis alat yg diperlukan utk menulis, mis pensel, pen, kertas, dakwat, dsb; beralatkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg alat; mengalati, memperalati membekali atau melengkapi dgn alat (senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera; mengalatkan 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat; memperalat menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tujuan): ~ orang utk mencapai maksudnya; alatan, peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |