mengamanatkan | memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempercayakan | menyerahkan atau meninggalkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsignasi | IB 1. pengiriman barang-barang utk dijual oleh penerimanya; 2. perihal menyimpan (mengamanatkan) wang kpd orang dll, penitipan (wang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amanat | Ar 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya; penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah; beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan; mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengamanahkan | 1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda Jaya; 2. ark mengamanatkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amanah | 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percaya | 1. = ~ akan (kpd) mengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau meninggalkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |