Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sempenaapa-apa yg mendatangkan ke­bahagiaan, keselamatan dll; tuah; ber­­kat: mengambil ~ mengambil berkat atau tuah. bersempena mengambil sempena (dgn): Tarikh pelancaran Per­sekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
iktibarAr pengajaran, contoh, ibarat, teladan: mengambil ~ mengambil pengajaran (contoh, ibarat); menjadi ~ menjadi pengajaran (contoh, ibarat).Kamus Dewan Edisi Keempat
mencekuh1 memasukkan tangan ke dlm saku dll utk mengambil sesuatu: Ia ~ koceknya utk mengambil wang. 2 mengambil sesuatu dr dlm saku dll: Ia ~ pisau dr dlm sakunya. 3 me­me­gang atau mengambil dgn tangan: Tiba-tiba ia ~ parang lalu mengejar anjing itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cekuh; mencekuh 1 memasukkan tangan ke dlm saku dll utk mengambil sesuatu: Ia ~ koceknya utk mengambil wang. 2 mengambil sesuatu dr dlm saku dll: Ia ~ pisau dr dlm sakunya. 3 me­me­gang atau mengambil dgn tangan: Tiba-tiba ia ~ parang lalu mengejar anjing itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berwudukmembersihkan diri drpd hadas kecil dgn menggunakan air; mengambil wuduk; mengambil air sembahyang: Kita hendaklah ~ dahulu sebelum melakukan ibadat sembahyang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wudukkebersihan (diri) drpd hadas kecil; air sembahyang. berwuduk membersihkan diri drpd hadas kecil dgn menggunakan air; mengambil wuduk; mengambil air sembahyang: Kita hendaklah ~ dahulu sebelum melakukan ibadat sembahyang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengambil kiasmengambil contoh (teladan);Kamus Dewan Edisi Keempat
latuhsj lumut laut yg boleh dimakan: ada yg mengambil ~ dipincuknya, ada yg mengambil agar-agar dikerabunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangkap; ~ angin (wap) bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. ~ gambar bp mengambil gambar. ~ muat bp mengambil mana-mana yg ada (sempat) sahaja. menangkap 1 memegang sesuatu dgn tangan atau dgn alat; memegang sesuatu yg bergerak atau yg lepas: Di situlah tempat mereka memasang perang­kap utk ~ harimau. Bapanya pergi ke laut utk ~ ikan. 2 menahan orang yg membuat kesalahan dll; menjadikan sbg orang tawanan; menawan: Mereka belum dpt ~ penyamun itu. 3 menyambut atau menadah sesuatu yg bergerak pantas atau yg dilemparkan: Dgn mudah saja penjaga gol itu ~ bola yg ditendang oleh sayap kanan pasukan lawannya. 4 mengambil atau memetik siaran radio dll. 5 menanggap atau menerima sesuatu dgn pancaindera, hati atau fikiran; mencerap: Dia mudah ~ apa-apa yg diajarkan oleh gurunya. menangkapi menangkap beberapa (banyak) kali atau banyak yg ditangkap: ~ orang jahat. menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain. tertangkap sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. tangkapan sesuatu yg ditangkap; hasil drpd menangkap; tawanan. penangkapan hal atau perbuatan menangkap. penangkap 1 orang yg menangkap: ~ ikan nelayan. 2 alat utk menangkap: ~ suara alat yg menerima suara dan menyiarkannya semula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggunakan1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas