amuk | ; beramuk 1. = mengamuk; 2. sl = beramuk-amuk bertempur (berjuang, bertarung, dsb) menentang musuh, bertikam: maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dgn Feringgi; 3. berkecamuk, kacau, bergelora; ~ fikirannya kacau fikirannya; beramuk-amukan saling beramuk (bertarung), bertempur-tempuran, bertikam-tikaman; mengamukkan menyuruh (membiarkan) mengamuk: ~ tentera dgn musuh; pengamukan perihal (perbuatan dll) mengamuk atau mengamukkan; pengamuk orang yg mengamuk (menyerang orang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beramuk | 1. = mengamuk; 2. sl = beramuk-amuk bertempur (berjuang, bertarung, dsb) menentang musuh, bertikam: maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dgn Feringgi; 3. berkecamuk, kacau, bergelora; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengamuk | 1. menyerang dgn membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dll) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yg ditemui: orang yg ~ itu akhirnya tertangkap; 2. ki berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat: taufan ~; penyakit taun ~; di sana sini guntur ~; 3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dsb) dgn hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan): orang minyak ~ lagi; 4. membentak-bentak, marah-marah (secara kasar): minta duit pd emaknya, kalau tak dapat, ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganas | 1. liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dsb (bkn binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang dsb (bkn orang): orang gila itu semakin hari semakin ~;mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sbg seorang insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;keganasan perihal ganas, kebuasan, kegarangan; ~ antarabangsa penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang terhadap manusia atau harta benda dgn tujuan utk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing; pengganasan perbuatan mengganas: anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;pengganas orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengganas | 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sementang | 1. = ~ pun sungguhpun, walaupun, biarpun: ~ pun patik orang Bugis tiada akan mengamuk; 2. = sementang-mentang, se-mentangkan kerana ... maka, mentang-mentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panglima | 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg memerintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menyelenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang kehormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencak | 1. kepandaian menggunakan senjata utk mempertahankan diri, pencak, silat; 2. = bermencak bermain pencak, bersilat; mencak-mencak bp mengamuk, marah benar; pencak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puri I | 1. sl benteng atau kota yg dilingkungi parit: ~ dgn lubang-lubang tempat menembak; 2. istana, keraton: mengamuk segala dayang dlm ~; 3. ruang atau tempat yg lega dlm istana; 4. (Bali) rumah pemujaan, kuil: kemudian nyala api kelihatan membumbung-bumbung dr atas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertikaman | 1. pergaduhan dgn tikam-menikam; 2. sl orang yg bersenjatakan tombak: ada pun orang ~ku yg empat ribu, kusuruhkan mengamuk di dlm negeri Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |