mengandar | membawa barang dgn kandar; menggalas; memikul: Tidak berapa lama, mereka pun bertemu dgn lima orang yg sedang ~ sebuah peti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengandar | menjalankan (motokar dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengandar | membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengandar | membawa barang dgn kandar; menggalas; memikul: Tidak berapa lama, mereka pun bertemu dgn lima orang yg sedang ~ sebuah peti. | Kamus Pelajar |
galas | 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggandar | memikul, mengandar, menggalas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandar II | Jk; mengandar, mengandarkan menjalankan (motokar dll); kandaran kenaikan, kenderaan; pengandar orang yg menjalankan (motokar dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memikul | membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencokeh | 1. mencungkil, menyungkit; 2. mengandar (memikul) sesuatu pd hujung kandar dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memikul | membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. | Kamus Pelajar |