mengangai | membuka mulut terhadap (kpd); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nganga | terbuka luas-luas (mulut dll); menganga 1. membuka mulut (lebar-lebar); 2. ki tidak dapat lagi (apa yg dihajatkan dll), melepas: kalau saya bertanya, awak kata nanti, apabila diambil orang kelak baru awak ~; mengangai membuka mulut terhadap (kpd); mengangakan membuka mulut lebar-lebar (luas-luas): maka dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi Rasul Allah; ternganga 1. terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbuka luas: maka mulutnya yg ~ itu pun terkatuplah; ia memandang pintu yg ~ lebar; 2. ki (hairan) tercengang: ia ~ mendengar ayahnya hendak berkahwin lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |