Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk mem­bantu pelajarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : menyilakan atau mengajak menari (minum dsb) dgn menundukkan kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganggap


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membenarkan1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyekutukanmenganggap ada sekutunya; menganggap sbg sekutu: Orang-orang Islam dilarang ~ Allah.Kamus Pelajar
sekutumenyekutukan menganggap ada sekutunya; menganggap sbg sekutu: Orang-orang Islam dilarang ~ Allah.Kamus Pelajar
mengutamakan1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyamakan1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibarat­­kan, meng­anggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur;Kamus Dewan Edisi Keempat
memandang1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
memungkinkan1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menganggapmenyilakan atau mengajak menari (minum dsb) dgn menundukkan kepala.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menganggapmembuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menganggapmenjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas