Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengasah1 alat utk mengasah. 2 orang yg mengasah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengasah1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kilir I; batu ~ sj batu utk mengasah (mena­jamkan) pisau dll; mengilir mengasah (menajamkan) pisau dll: dikilirnya pisau itu sebelum disembelihnya ayam itu; kiliran 1. alat (spt batu dll) utk mengilir (pisau dll), pengasah; ~ budi alat utk mengasah (menajamkan) otak; ~ taji hujung taji yg ditajamkan; 2. hasil mengilir.Kamus Dewan Edisi Keempat
asah; mengasah 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. ~ bakat melatih diri utk mengembangkan bakat. ~ fikiran (otak) mempertajam fikiran. ~ hati memanaskan hati. pengasah 1 alat utk mengasah. 2 orang yg mengasah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasah hatimemanaskan hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasah fikiran (otak)mempertajam fikiran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasah bakatmelatih diri utk mengembangkan bakat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasah1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasah hatimemanaskan hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengasah fikiranmempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas