asak | ; berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1 mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2 menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. mengasakkan 1 memasukkan sesuatu dgn menekannya ke dlm bekas, sarung dsb: Ibu ~ kekabu ke dlm sarung utk dijadikan bantal. 2 menyorongkan (badan, diri) supaya dpt ke depan, ke luar dsb: Dgn susah payah, dia ~ diri agar dpt keluar dr dewan itu. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asak | padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;berasak 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya; mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadapan; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi; mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu; asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~ orang ramai yg tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengasakkan | 1 memasukkan sesuatu dgn menekannya ke dlm bekas, sarung dsb: Ibu ~ kekabu ke dlm sarung utk dijadikan bantal. 2 menyorongkan (badan, diri) supaya dpt ke depan, ke luar dsb: Dgn susah payah, dia ~ diri agar dpt keluar dr dewan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengasakkan | 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |