mengasalkan | = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asal | 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancangan ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |