mengasamkan | menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengasamkan | merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengasamkan | menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka. | Kamus Pelajar |
menjeruk | mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjeruk | menyimpan buah-buahan (sayur-sayuran dll) dgn menaruh asam garam dll; mengasinkan atau mengasamkan sesuatu: ~ petai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjeruk | menyimpan buah-buahan (sayur-sayuran dll) dgn menaruh asam garam dll; mengasinkan atau mengasamkan sesuatu: ~ petai. ~ hati (rasa) ki menyimpan perasaan sedih, marah dsb dlm hati saja (tidak diucapkan). | Kamus Pelajar |
jeruk | 1 yg telah diasamkan atau diasinkan (bkn buah-buahan, sayur-sayuran dll): petai ~; mangga ~. 2 buah limau. menjeruk menyimpan buah-buahan (sayur-sayuran dll) dgn menaruh asam garam dll; mengasinkan atau mengasamkan sesuatu: ~ petai. ~ hati (rasa) ki menyimpan perasaan sedih, marah dsb dlm hati saja (tidak diucapkan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jeruk | 1. yg telah diasamkan atau diasinkan (bkn buah-buahan, sayur-sayuran dll): petai ~; mangga ~. 2. buah limau. menjeruk menyimpan buah-buahan (sayur-sayuran dll) dgn menaruh asam garam dll; mengasinkan atau mengasamkan sesuatu: ~ petai. ~ hati (rasa) ki menyimpan perasaan sedih, marah dsb dlm hati saja (tidak diucapkan). | Kamus Pelajar |
jeruk I | 1. buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau diasinkan): buah ~; ikan ~; telur ~; 2. Id limau; ~ bali limau bali, Citrus maxima; ~ manis limau manis, Citrus suhuiensis ; ~ nipis limau nipis, Citrus aurantifolia; ~ purut limau purut, Citrus hystrix; menjeruk mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dll; ~ hati ki menyeksa, menyebabkan (batin seseorang) menderita; ~ rasa ki menyimpan atau memendam perasaan di dlm hati hingga terseksa atau menderita: anak perempuannya pernah menyatakan bahawa ibunya ~ rasa akibat ayahnya kahwin lain; penjerukan proses menjeruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asam | 1 (be)rasa spt rasa cuka; masam. 2 segala benda yg masam rasanya. ~ garam berbagai-bagai asam berserta garam. ~ gelugur (keping) buah gelugur yg telah dipotong-potong serta dikeringkan dan digunakan dlm masakan dsb. ~ jawa nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. mengasam membasuh sesuatu dgn asam: ~ keris. mengasamkan menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |