Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sing.kan] | مڠاسيڠکن

Definisi : 1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasingkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengasingorang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengasingorang yg mengasingkan; alat utk mengasingkan.Kamus Pelajar
menyisihkanmeletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesamping­kan: ~ diri mengasingkan diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sisih; menyisih 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. menyisihkan meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesamping­kan: ~ diri mengasingkan diri. tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasingkan1 memisahkan sesuatu dr yg lain. 2 menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengasingkan1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengasingkan1. memisahkan sesuatu dr yg lain. 2. menjauhkan sesuatu dr orang atau benda lain; memencilkan: Muhammad selalu ~ dirinya di Gua Hira.Kamus Pelajar
menyisihkanmeletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesampingkan: ~ diri mengasingkan diri.Kamus Pelajar
pencil; memencil mengasingkan (memisah­kan) diri drpd yg lain, menyendiri; memencilkan 1. mengasingkan (memisah­kan) diri drpd orang atau benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya; terpencil terasing (terpisah) drpd yg lain, tersendiri: beliau lahir di sebuah kampung yg ~; keterpencilan keadaan terpencil, keterasing­an: ~nya drpd pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem antarabangsa semakin berkurang; pemencilan perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan memencilkan atau menyisih­kan diri.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengasingan1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pem­buangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas