mengata-ngatai | bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengata-ngatai adik | memarahi adik; mengatakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengata-ngatai | 1. mengeluarkan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. mencakapkan (utk atau sbg melahirkan pandangan dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengata | 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gunjing | Mn fitnah, umpat; ~ gujirak (gujirat) berbagai-bagai fitnah; menggunjing memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai (orang dsb); menggunjingkan memfitnahkan, mencaci (orang), memperkatakan keburukan (orang dsb); gunjingan umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah atau mengata-ngatai orang: masing-masing adalah spt ~ rendahan seorang suri rumah dgn suri rumah jirannya mengenai kejelikan seorang suri rumah lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengatai | , mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meleja | mengata-ngata (mencerca, menghamun, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguman-uman | mengata-ngatai, mencerca, mengumpat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leja | ; meleja mengata-ngata (mencerca, menghamun, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelece | suka mengata-ngata orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |