menidakkan | mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menidakkan | mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. | Kamus Pelajar |
tibi | menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. | Kamus Pelajar |
mengatakan | 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengatakan | 1. memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2. mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan:Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3. menyifatkan; memisalkan:Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. | Kamus Pelajar |
berkalau-kalau | mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkalikali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkata | 1. = terkata-kata dapat berkatakata atau mengatakan sesuatu; tidak (tiada) ~ tidak dapat berkata-kata (utk menyatakan pendapat, perasaan, dll mengenai sesuatu), tidak berdaya mengatakan sesuatu: tiadalah ia terkata-kata lagi akan kelakuan Pak Pandir itu lalu ia berkemas barang-barangnya; maka adapun segala orang tiada percaya boleh dipecahkan kota Melaka itu pun terkatuplah mulutnya, tiadalah terkata-kata lagi; 2. = terkatakan dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan: maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; tiada ~ lagi bencinya baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang II | bp cakap, bercakap: Narto tak ~ dia hendak lari; emak ~, jangan pergi; membilang bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; membilangi memberitahu, memberi nasihat; membilangkan memberitahukan, mengatakan; perbilangan peribahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bohong | tidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bisik | bisik-bisik desas-desus: ada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi; berbisik, berbisik-bisik 1. bercakap dgn suara yg perlahan (kpd seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya): dia memanggil dgn suara yg sangat perlahan, spt orang ~ bunyinya; 2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang): mereka berbincang dgn cara bisik-bisik; 3. ki berhembus dgn bunyi yg perlahan (bkn angin): malam yg hening, terdengar angin ~; ~ kedengaran, berimbau kelampauan prb sangat dekat antara orang yg bercakap dgn orang yg mendengar;membisiki bercakap kpd seseorang dgn berbisik, memberitahu sesuatu kpd orang secara diam-diam: segera datang kawan saya ~ saya;membisikkan 1. memberitahukan dgn berbisik, memberitahukan dgn diam-diam: ia membongkok dan ~ sesuatu ke telinga anaknya; 2. mengucapkan sesuatu dgn suara yg perlahan: ~ kalimah syahadat; ~ doa; 3. mengilhamkan (dlm hati); bisikan 1. sesuatu yg dibisikkan; 2. perihal membisiki atau membisikkan; ~ hati kata hati; ~ gajah Kl bisikan yg dapat didengar orang lain; 3. ilham;pembisik 1. orang yg berbisik; 2. Id orang yg mengatakan apa yg harus diucapkan oleh pemain dlm sandiwara; 3. orang yg membacakan skrip (drama, teater, filem dsb) dgn perlahan kpd pelakon yg terlupa akan dialog semasa pementasan, penggambaran dsb diadakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |