atas | 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
atas | 1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah drpd ~; 3. kerana, dengan: dia meletakkan jawatan itu bukan ~ kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn, terhadap: beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak mengaku salah ~ tuduhan yg dimajukan; 5. berdasarkan, berasaskan: keputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan; ~ soal-soal yg dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik; 6. mengikut, menurut, berdasarkan: maka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim; ~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai;di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah): letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat berdasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas: angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan) lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji seribu ~;beratas-atasan = atas-mengatasi;mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan (keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi; atas-mengatas selalu hendak ke atas;mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll);atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di sekolah kami, murid-murid saling ~;mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;teratas terletak (berada dll) di atas sekali; atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan , nombor 6 disebut ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengatasi | 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengatasi | 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengatasi | 1. melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2. menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. | Kamus Pelajar |
mengalahkan | 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melebihi | 1. lebih drpd, melewati, melampaui, mengatasi: darjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; 2. membuat supaya jadi lebih: mereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yg ditentukan itu; ~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia prb sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang drpd yg sepatutnya tetapi hendaklah pertengahan jua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
import | 1. pemasukan barang-barang dr luar negeri: ~ mengatasi eksport; 2. yg dibawa masuk dr luar negeri: barang-barang ~; mengimport 1. membawa masuk terutamanya barang-barang dr luar negeri: negara kita masih ~ beras dr negeri Thai dan Burma; 2. ki membawa masuk sesuatu dr negara atau sumber asing: selepas perang, pihak Amerika telah ~ konsep persaingan secara bebas tanpa ikatan Jepun; penurunan nilai ringgit tidak ~ inflasi; pengimportan perihal (perbuatan) mengimport: menggalakkan ~ bahan makanan; pengimport orang, syarikat, dll yg mengimport. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalahi | 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindakan | 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebaknya rusuhan; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |