mengaulkan | menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menazarkan | menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meniatkan | 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nazar | Ar janji utk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (melepaskan, menunaikan) ~ membuat atau menunaikan apa yg telah dijanjikan; bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
niat | 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, mengharapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya; niatan niat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaul I | Ar 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, ke-turunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan; berkaul berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hendaklah pd tempatnya; mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |