mengawasi | 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengawasi | 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~ perjalanan mesyuarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengawasi | 1. memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2. memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. | Kamus Pelajar |
pengawas | orang yg mengawasi, orang yg menjaga; ~ hutan orang yg mengawasi hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awas | 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki; berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu; mengawas = mengawasi; mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~ perjalanan mesyuarat; pengawasan perihal (perbuatan dsb) mengawas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandur | orang yg mengawasi pekerja-pekerja, kepala pekerja-pekerja; ~ jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari, penganggur; memanduri mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-pelayan di dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mod analisis(analysis mode) | 1. Mod pengendalian yang menggunakan atur cara khas untuk mengawasi kelakuan sistem yang dianalisis. 2. Mod pengendalian yang membolehkan petugas mengawasi kelakuan sistem yang sedang berjalan. | Kamus Komputer |
monitor | 1. alat utk mengawasi dan merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik; 2. peti (spt peti televisyen) yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer, unit paparan video; memonitor mengawasi serta merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik; pemonitoran perihal (perbuatan) memonitor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawal | 1. orang yg menjaga, penjaga; ~ sambang penjaga yg meronda, peronda; 2. penjagaan, pengawasan: segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pd ~nya; berkawal 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian; mengawal, mengawali 1. menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; mengawali mengawal berterusan atau beramai-ramai: pd tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu; terkawal (dapat) dikawal, diawasi; kawalan 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; pengawalan perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan; pengawal 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jenang I | 1. tiang tempat dipasang pintu (jendela dll): ~ dinding; ~ jendela; ~ pintu; 2. = jejenang, penjenang sl orang yg mengawasi sesuatu, mandur; 3. = jejenang sl pengapit, pembantu; 4. = jejenang sj pangkat kepala daerah (di bawah Batin); 5. = jejenang Mn orang yg mengatur dlm sesuatu jamuan, orang yg menjadi juara atau pelerai dlm upacara penyabungan ayam; menjenang, menjenangi mengawasi dan mengatur (pekerjaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |