awet | (awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan yg tahan lama; mengawet, mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak busuk, rosak, dsb), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dsb sesuatu): ~ makanan; pengawetan perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet; pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengawet | , mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak busuk, rosak, dsb), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dsb sesuatu): ~ makanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |