mengedari | 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengedari | 1. (bergerak) mengelilingi, melegari: bumi ~ matahari; 2. menjelajahi: ~ dunia dgn basikal; 3. menjalani sekitar: dibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengedari | 1. (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2. berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3. mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. | Kamus Pelajar |
mengitari | mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membentari | mengelilingi, mengedari: kuda itu lari ~ lapangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengitari | bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelilingi | 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buana | sl dunia, jagat, bumi: maka tersebutlah pula kisah tentang Betara Kala yg pd ketika itu sedang mengedari jagat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bumi | 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentar | (béntar) Mn; berbentar berjalan berkeliling, berbegar, beredar; mengambil jalan ~ tidak mengikut jalan yg langsung (terus); membentari mengelilingi, mengedari: kuda itu lari ~ lapangan;memperbentarkan menyuruh berjalan (berlari) dlm lingkungan (kuda);perbentaran lingkungan tempat kuda berbentar (beredar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |