mengelamkan | menjadikan kelam (tidak terang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengelamkan | 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelamkan | menjadikan kelam (tidak terang). | Kamus Pelajar |
memuramkan | menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memuramkan | menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. | Kamus Pelajar |
kelam | 1 tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll): Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya. 2 tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): Matanya ~. mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelam | 1. tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll.): Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya. 2. tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): Matanya ~. mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman. kelam-kabut 1. agak gelap kerana berkabut. 2. tidak jelas; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dlm keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dgn tidak teratur. | Kamus Pelajar |
muram | 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kelam; suram: Cuaca ~ saja hari ini dan matahari pun tidak kelihatan. 2 tidak berseri (bkn air muka); masam: Mukanya ~ saja selepas kena marah. 3 tidak bahagia; menderita; sengsara: Hidupnya menjadi ~ semenjak kematian suaminya. bermuram, = ~ durja bermasam muka; bersedih. memuramkan menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. kemuraman keadaan muram; kesuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelam I | 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihatan (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |