Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mencungkil1. mengeluarkan (melepaskan dll) sesuatu dgn pencungkil, mengorek keluar dgn pencungkil; ~ gigi mengeluarkan sisa makanan dll yg terselit di gigi; ~ kelapa mengeluarkan isi kelapa dr tempurungnya; ~ mata mengeluarkan biji mata; 2. menanam cacar, mencacar; 3. ki memeriksa dgn teliti, membongkar rahsia (kesalahan dll), mengeĀ­luarkan sesuatu yg terpendam (tidak diketahui umum dll); ~ rahsia; Hasan mencipta watak-watak asli yg dicungkil drpd keperibadian dan sifat-sifat orang Melayu kampung; ada banyak resepi Melayu tradisional yg masih belum dicungkil oleh majalah ini; bakat-bakat baru berjaya dicungkil;Kamus Dewan Edisi Keempat
memuntahkan1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah diku-nyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
meluahkan1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, meĀ­lahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah;Kamus Dewan Edisi Keempat
meluahkan1 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut; memuntahkan. 2 mengeluarkan (hasrat, pendapat dsb); melahirkan: Dia ~ isi hatinya kpd ayah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melahirkan1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memuntahkan1 mengeluarkan muntah atau benda-benda yg telah dimakan: Ia ~ kuih yg telah dimakannya. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak: Meriam itu ~ peluru ke arah kubu musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sari(extract)1. Mengeluarkan maklumat daripada himpunan data atau fakta. 2. Mengeluarkan butiran yang berkaitan daripada data maklumat berdasarkan kriteria tertentu.Kamus Komputer
memancarkan1 mengeluarkan sesuatu dgn deras; memancutkan: Di sana sini, terdapat beberapa buah telaga yg ~ air bercampur minyak tanah. 2 mengeluarkan sinar atau cahaya: Matahari mula ~ cahayanya. 3 menghebahkan atau menyiarkan melalui radio, televisyen dll: Televisyen Malaysia ~ warta berita pd pukul lapan malam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyadap1. mengeluarkan air drpd pokok dgn memotong (menoreh) bahagian-bahagian yg tertentu; ~ kelapa mengambil nira dgn memotong mayangnya; 2. Id mengeluarkan darah dll dr badan (dgn menggunakan pem-buluh getah dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
membelanjai1. mengeluarkan wang utk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara: siapa yg ~ adiknya jika ia tiada di sini? 2. = belanja mengeluarkan wang utk orang lain bukan sbg tanggungjawab tetapi hanya utk suka-suka atau utk merapatkan perhubungan (dgn rakan-rakan, adik-beradik, dll): dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas