mengemas | menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengemas-ngemas | membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemas | mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemas | spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemas | menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. | Kamus Pelajar |
menyimpani | mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengemasan | perbuatan mengemas(kan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengemasan | perbuatan, hal dsb mengemas atau mengemaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terap | (térap) Kl, Tr mengemas dan menyusun (pinggan, periuk, dll): tolong ~ baik-baik sikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengemas | orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail. | Kamus Dewan Edisi Keempat |