Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemas, mengemasi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengemasorang yg mengemasi (mengemas­kan): ~ bilik; ~ daftar fail.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemas1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-­nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemas­kan): ~ bilik; ~ daftar fail.Kamus Dewan Edisi Keempat
emas I1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 161 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia; ~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya; ~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masingmasing; bermimpi mendapat ~ takkan mem-buat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua; beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas