menyisir | 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyikat | 1 mengemaskan rambut dgn sikat; menyisir. 2 membersihkan sesuatu dgn sikat; memberus. 3 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sikat; mencakar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemas | 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyunting | 1 memperbaik serta mengemaskan sesuatu karangan dll utk disiarkan atau utk diterbitkan. 2 mengemaskan sesuatu filem supaya tersusun rapi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunting II | ; menyunting 1 memperbaik serta mengemaskan sesuatu karangan dll utk disiarkan atau utk diterbitkan. 2 mengemaskan sesuatu filem supaya tersusun rapi. suntingan hasil drpd menyunting. penyuntingan perbuatan atau hal menyunting.penyunting orang yg kerjanya menyunting (karangan atau filem): Ayah saya bekerja sbg ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengemaskan | 1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sikat | 1 mengemaskan rambut dgn sikat; menyisir. | Kamus Pelajar |
sisir I | 1 alat utk mengemaskan rambut; sikat. 2 alat utk menggemburkan tanah; pencakar tanah. 3 tangkai atau gugusan pisang sbg sebahagian drpd tandan; sikat. 4 injap pd pintu lukah utk menahan ikan supaya tidak keluar. ~ insang bahagian insang yg menghalang kemasukan bahan-bahan di dlm air (spt pasir) ke dlm alat pernafasan yg akan merosakkannya. bersisir 1 memakai sisir. 2 sudah dikemaskan dgn sisir (bkn rambut); bersikat. menyisir 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyisir | 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. | Kamus Pelajar |
sisir I | 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. | Kamus Pelajar |