mengempang | 1 mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2 terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3 ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengempang | 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengempang | 1. mendirikan (membuat) empang; membendung; menahan: ~ sungai. 2. terletak melintang sehingga mengganggu lalu lintas dll; menghalang: Pokok yg tumbang itu hampir-hampir ~ jalan. 3. ki menghalang sesuatu kemajuan; menghambat; merintang. | Kamus Pelajar |
pengempangan | perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengempangan | perbuatan mengempang; pembendungan; penahanan. | Kamus Pelajar |
pengempangan | perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membendung | 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalah | membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebat | 1 membuat tebat di sungai dll; membendung; mengempang. 2 membuat kolam ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membendung | 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |