Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kenangtimbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua; mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); mengenangkan 1. = mengenangi menim­bulkan kembali dlm fikiran (ingatan), mem­bayangkan kembali serta memikirkan, meng­ingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegem­biraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau men­jadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenang­kan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu; kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg di­kenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat meng­ingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (mis peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperingati1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
mengenangkan1. = mengenangi menim­bulkan kembali dlm fikiran (ingatan), mem­bayangkan kembali serta memikirkan, meng­ingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegem­biraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau men­jadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;Kamus Dewan Edisi Keempat
kenangan1 apa-apa yg dikenang; ingatan: Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2 hal (daya) mengenangkan sesuatu: Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kenang; mengenang mengadakan dlm fikiran; memikir: Orang yg sudah pergi jangan dikenang. ~ budi tidak lupa akan budi orang. mengenangkan menimbulkan kembali dlm ingatan; mengingat sesuatu: Sedih hati Bidin ~ nasib dirinya yg tidak mempunyai ayah lagi. terkenang teringat: Ia ~ akan anak-anak dan isterinya di kampung. kenangan 1 apa-apa yg dikenang; ingatan: Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2 hal (daya) mengenangkan sesuatu: Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghamburkan1. membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain.Kamus Pelajar
untung1 sesuatu yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku kpd seseorang; nasib: Ia menangis mengenangkan ~ dirinya yg malang itu.Kamus Pelajar
kenangan1. apa-apa yg dikenang; ingatan:Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2. hal (daya) mengenangkan sesuatu:Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu.Kamus Pelajar
menghamburkan1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memikirkan1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas