Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kencang (adjektif)
1. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kuat, bagas, keras, deras,
Berantonim dengan sepoi-sepoi bahasa

2. Bersinonim dengan cepat: laju, pantas, deras,
Berantonim dengan perlahan

3. Bersinonim dengan tegang: cekang, sering, tidak kendur,
Berantonim dengan kendur

4. Bersinonim dengan teguh: kuat-kuat, erat-erat,

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan peramah, mesra,

Kata Terbitan : mengencang, mengencangkan, menperkencang, kekencangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kencang I1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pan­tas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. memper­cepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll); kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengencangkan1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
mencepatkan1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya;Kamus Dewan Edisi Keempat
memacu1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memacu1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan.Kamus Pelajar
pacubesi tajam atau roda bergerigi yg dipakai pd tumit kasut utk menggesa kuda berlari. memacu 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. pacuan 1 perlumbaan berlari. 2 tempat perlumbaan kuda.Kamus Pelajar
pacu1 besi tajam atau roda bergerigi yg dipakai pd tumit kasut utk menggesa kuda berlari. 2 ist tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan. 3 ist tindakan menyalurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain. memacu 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. pacuan 1 perlumbaan berlari. 2 tempat perlumbaan kuda. 3 yg dipacu: Kenderaan ~ empat roda. pemacuan perihal, proses, perbuatan dsb memacu: ~ pertumbuhan ekonomi. pemacu 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cepat1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas