Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nyang.kan] | مڠڽڠکن

Definisi : menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nyang.kan] | مڠڽڠکن

Definisi : memberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenyang (adjektif)
Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;,
Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengenyangkanmemberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengenyangkanmenjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengenyangkanmemberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang.Kamus Pelajar
kenyangtidak berasa lapar kerana sudah makan; sudah puas makan: Kami diberinya makan sampai ~. mengenyangkan memberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang. kekenyangan 1 keadaan (perihal) kenyang. 2 terlalu kenyang hingga berasa tidak selesa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kenyangtidak berasa lapar kerana sudah makan; sudah puas makan:Kami diberinya makan sampai ~. mengenyangkan memberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang. kekenyangan 1. keadaan (perihal) kenyang. 2. terlalu kenyang hingga berasa tidak selesa.Kamus Pelajar
cucuk rambut(sanggul) penyemat rambut (sanggul) supaya tidak terurai. 2 penjodoh bilangan bagi barang yg ditusuk dgn lidi dsb: Sepuluh ~ sate pun sudah mengenyangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cucuk1 sesuatu yg runcing tajam (spt jarum) utk menikam atau utk menyemat: ~ rambut (sanggul) penyemat rambut (sanggul) supaya tidak terurai. 2 penjodoh bilangan bagi barang yg ditusuk dgn lidi dsb: Sepuluh ~ sate pun sudah mengenyangkan. bercucuk sudah dicucuk. ~ tanam mengusahakan sawah, ladang dll; bertani. mencucuk 1 menusuk dgn benda tajam spt jarum dsb; menyemat (dgn peniti). 2 membuat lubang pd hidung kerbau, lembu dll; melubangi (hidung kerbau); menindik. 3 merangkai-rangkaikan (ikan dll) dgn cucuk. 4 menyuntik (utk memasukkan ubat ke dlm badan). mencucukkan menyematkan atau menikamkan sesuatu sbg cucuk: Beliau telah ~ pingat itu pd bajunya. pencucuk 1 cucuk. 2 ki orang yg suka menghasut atau mengacum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cucuk1. sesuatu yg runcing tajam (spt jarum dsb) utk menikam atau utk menyemat: ~ rambut(sanggul) penyemat rambut (sanggul) supaya tidak terurai. 2. penjodoh bilangan bagi barang yg ditusuk dgn lidi dsb: Sepuluh ~ sate pun sudah mengenyangkan. bercucuk sudah dicucuk. ~ tanam mengusahakan sawah, ladang dll; bertani. mencucuk 1. menusuk dgn benda tajam spt jarum dsb; menyemat (dgn peniti). 2. membuat lubang pd hidung kerbau, lembu dll; melubangi (hidung kerbau); menindik. 3. merangkai-rangkaikan (ikan dll) dgn cucuk. 4. menyuntik (utk memasukkan ubat ke dlm badan). mencucukkan menyematkan atau menikamkan sesuatu sbg cucuk: Beliau telah ~ pingat itu pd bajunya. pencucuk 1. cucuk. 2. ki orang yg suka menghasut atau mengacum.Kamus Pelajar
kenyang1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) men­dapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian; orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah; mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berat1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu): cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; 2. tidak ringan, mempunyai tekanan yg kuat (kalau ditimbang): tidak terpikul olehku benda yg ~ itu; 3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dsb), sulit, susah: kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; kerja dan tanggungjawab yg ~; 4. amat sangat, kuat: dia sakit ~; 5. menyebelah, memihak; ~ pd (kpd) memihak kpd; ~ sebelah menyebelah kpd satu pihak (tidak adil); 6. bkn novel, drama, dll yg mengisahkan perkara yg serius (spt pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dsb): novel ‘Salina’ karya A. Samad Said ialah sebuah novel yg ~; 7. bkn kesalahan dll yg tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius: membunuh ialah satu kesalahan yg ~; azab seksa yg ~; 8. bkn sikap (pendirian dsb) yg sungguh-sungguh: Mohd Affandi memberi perhatian yg ~ kpd masyarakat dlm tulisannya ini; 9. bkn makanan yg (sangat) mengenyangkan: makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk; ~ atom berat sesuatu atom berbanding dgn berat satu atom hidrogen; ~ hati a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; ~ kepala a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; ~ lidah = ~ mulut pendiam, kurang ramah; ~ mata (lekas) mengantuk; ~ otak susah hati; ~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas; ~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran; ~ tulang malas; ~ sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat); berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya; nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;berberat mempunyai berat: nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram; memberat 1. menjadi berat: dia berasa sesuatu yg ~ di dlm dadanya; 2. tampak berat, seakan-akan berat: susu kambing itu tergayut-gayut dan ~; ~ isi Kl telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dll);memberati 1. memberi beban (kpd), membebani: baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; 2. menambah beban, menyusahkan: hal rumah tangga ~ fikirannya;memberatkan 1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dll): urusan yg semacam ini ~ beban saya; keterangan saksi itu ~ kesalahannya; 2. membebankan (menyerahkan kpd): pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kpd seseorang sahaja; 3. menganggap penting (tinggi, mulia, dll), mengutamakan, mementingkan: soal taraf lebih diberatkan drpd kepentingan negara; tulisan kritikan sastera Melayu yg ~ aspek agama; memperberat menambah berat, memberatkan lagi; terberat sl dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dll): pd bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pd mata orang sekalian;keberatan 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;berkeberatan keberatan;pemberatan perihal memberati atau memberatkan;pemberat benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas